Friday, January 8, 2010

Ukhuwwah




Dengan nama ALLAH yang mengikat hati2 kami...

S.A.H.A.B.A.T
F.R.I.E.N.D.S
C.H.I.N.G.U
T.O.M.O.D.A.C.H.I
K.A.W.A.N

Dalam kehidupan kita perlukan sahabat setiap masa...Untuk memiliki sahabat bukannya mudah..
Kerana itulah kita perlu bersikap terbuka dengan semua orang yang berada di sekeliling kita..

Saya teringat satu kata daripada seorang pak cik ketika menemu bualnya di Pasar Raya

Pak cik : "Nak,kena ingat kite sebenarnya perlu berkawan dengan semua orang BUKAN menilai dari sudut luaran sahaja tetapi kita menerima seperti mana yang mereka ada..memanglah kalau kita nak berkawan perlu cari kawan yang baik tapi kita perlu berfikiran lebih terbuka."

Sambungnya lagi...

Pak cik : Setiap orag sudah tentu mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri namun kita tidak sepatutnya memandang keburukan yang ada padanya lebih besar daripada kebaikannya..Dalam masa yang sama,kite perlu tingkatkan kelebihan atau potensi yang ada pada kawan kita supaya dapat menutupi keburukan yang ada padanya.Lebih baik lagi kalau kita menggunakan kelebihan kita untuk mengubah keburukannya kepada kebaikan yang dapat memberi manfaat kepadanya..

Hmm, kadang-kadang kita bersahabat, kita rasa susah untuk mengekalkan persahabatan kita. Sebab itulah Allah ada mengajar kita untuk mengikat hati kita dengan IMAN bersama hati sahabat2 kita.sebab apa, dengan keimanan itulah Allah akan menambahkan lagi kasih sayang antara hati-hati kita yang dapat mengukuhkan hubungan ini.

Yang dimaksudkan iman itu adalah bersahabat dengan penuh ketelusan, kejujuran,keikhlasan, dan penuh terbuka.Barulah manis hubungan dalam persahabatan yang kita bina.

seperti dalam sebuah hadis (mafhumnya):

"mu'min dan m'min yang lain laksana batu-bata yang kukuh dan saling kuat menguatkan...."

tambahan lagi,




"tidak beriman seseorang itu, sehingga kamu mengasihi saudara kamu seperti mana kamu mengasihi diri kamu sendiri"





apa yang dimaksudkan dalam hadis ni. Maksudnya kita menyayangi saudara yang kita ada sepenuh hati. kita hubungan yang dibina tetap teguh walaupun pelbagai ujian yang menimpa ..





sebaik-baik orang yang beriman juga kita saling menjadi cermin kepada kawan kita. Dengan kelemahan yang ada pada kawan kita, sepatutnya bukan kita biarkan mereka, kerana kita menganggap mereka seperti diri kita sendiri.





sanggupkah kita membiarkan diri kita terus dan tetap dalam keburukan dan kelemahan? fikirkan





Akhir sekali, teruslah berdoa kepada Allah agar tetapkan hubungan ini dan memberi keredhaanNya yang kita cari selama ini. rahsia kukuhnya ukhuwwah orang yang beriman terletak dalam doa mereka untuk sahabat2 mereka.





"sesungguhnya engkau tahu,


bahawa hati ini telah berpadu,


berhimpun dalam naungan cintaMu


bertemu dalam ketaatan,


bersatu dalam perjuangan,


menegakkan syariat dalam kehidupan,








Kuatkanlah ikatannya,


semaikanlah cintanya,


tunjukilah jalan2 Nya,


terangilah dengan cahayaMu,


Yang tiada pernah padam,


Ya Rabbi, bimbinglah kami...